Sunday, July 19, 2009

UJIAN SIKAP PENGAKAP REMAJA DAERAH KENINGAU 2009

Pada Mac 2009, Perkhemahan Ujian Sikap untuk Pengakap Remaja telah dianjurkan oleh Edisi Khas unit Pengakap Raja Keningau.

Bagaimanapun Perkhemahan ini hanya diikuti oleh 6 orang Pengakap Remaja yang telah memegang Rambu Pengakap Remaja.

6 orang tersebut ialah :

Mohd. Azizie Alex
Raffinah Jafry
Erma Gagah
Lionad Lius
Raynoldo Richard Raymond
Hanna Emily Quintin

Mohd Azizie Alex, Raffinah Jafry dan Erma Gagah adalah Pengakap Remaja daripada SM Teknik Keningau, dan mewakili daerah Keningau. Manakala Lionad Lius, Raynoldo Richard Raymond dan Hanna Emily Quintin adalah Pengakap dari SMKK II, mewakili daerah Bingkor.

Tujuan Ujian Sikap adalah untuk menguji siapa yang layak untuk dihantar ke Pentarafan Pengakap Raja Cawangan Sabah 2009, yang akan berlangsung tidak lama lagi selepas Ujian Sikap ini.

Di dalam Perkhemahan ini, peserta melakukan tugas secara individu. Antara tugasan individu ialah, tidur berseorangan di khemah masing-masing, membuat gejet seperti tripod, tempat kasut, tempat menyidai pakaian, Pagar dan apa-apa gejet yang dirasakan perlu.

Selain itu, masakan secara rimba juga adalah antara ujian yang diberi. Para peserta diminta memasak nasi dalam buluh. Ujian penganggaran juga dibuat. Para peserta diminta menganggar tinggi tiang letrik, dan lebar sungai serta jalan raya menggunakan kaedah yang terdapat dalam ilmu pengakap.

Ujian berenang juga dibuat untuk para peserta. Peserta diuji untuk berenang sejauh 30 meter ke tengah kolah ikam yang agak dalam, dan kembali semula dengan berenang juga. Sebelum kembali, Pengakap dikehendaki mengapung dan mengangkat sebelah tangan untuk membuktikan yang Pengakap sedang berapung.

Para peserta juga diuji untuk membuat rambu, membuat ikatan sambat balik, sambat mata, serban dan menganyam ketupat. Ikatan dan simpulan yang lain juga tidak dilupakan.
Dalam ujian ini, halangan komando juga dibuat.

Ujian bertulis juga diberikan kepada para peserta untuk menguji sedikit sebanyak pengetahuan yang ada pada para Pengakap mengenai ilmu pengakap. Selain itu, temuduga juga dibuat untuk menguji pengakap secara lisan.

Semasa malam Pengakap, Para peserta diminta membuat persembahan secara SOLO dihadapan rakan-rakan yang lain, para AJK dan para pemimpin.

Pengakap bernama Raffinah Jafry membawa persembahan yang menggabungkan nyanyian dan lakonan dengan bantuan Erma Gagah. Manakala Lionad Lius dan Erma Gagah pula membuat persembahan lakonan secara solo tanpa bantuan. Mohd. Azizie Alex, Hanna Emily dan Raynoldo Richard pula ketiga-tiganya membuat persembahan nyanyian solo dengan lagu yang berlainan.

Apabila keputusan diumumkan, keenam-enam peserta berjaya dan terpilih untuk dihantar mewakili daerah masing-masing ke Pentarafan Pengakap Raja Cawangan Sabah 2009.

No comments:

Post a Comment