Sunday, July 19, 2009

UJIAN SIKAP PENGAKAP REMAJA DAERAH KENINGAU 2009

Pada Mac 2009, Perkhemahan Ujian Sikap untuk Pengakap Remaja telah dianjurkan oleh Edisi Khas unit Pengakap Raja Keningau.

Bagaimanapun Perkhemahan ini hanya diikuti oleh 6 orang Pengakap Remaja yang telah memegang Rambu Pengakap Remaja.

6 orang tersebut ialah :

Mohd. Azizie Alex
Raffinah Jafry
Erma Gagah
Lionad Lius
Raynoldo Richard Raymond
Hanna Emily Quintin

Mohd Azizie Alex, Raffinah Jafry dan Erma Gagah adalah Pengakap Remaja daripada SM Teknik Keningau, dan mewakili daerah Keningau. Manakala Lionad Lius, Raynoldo Richard Raymond dan Hanna Emily Quintin adalah Pengakap dari SMKK II, mewakili daerah Bingkor.

Tujuan Ujian Sikap adalah untuk menguji siapa yang layak untuk dihantar ke Pentarafan Pengakap Raja Cawangan Sabah 2009, yang akan berlangsung tidak lama lagi selepas Ujian Sikap ini.

Di dalam Perkhemahan ini, peserta melakukan tugas secara individu. Antara tugasan individu ialah, tidur berseorangan di khemah masing-masing, membuat gejet seperti tripod, tempat kasut, tempat menyidai pakaian, Pagar dan apa-apa gejet yang dirasakan perlu.

Selain itu, masakan secara rimba juga adalah antara ujian yang diberi. Para peserta diminta memasak nasi dalam buluh. Ujian penganggaran juga dibuat. Para peserta diminta menganggar tinggi tiang letrik, dan lebar sungai serta jalan raya menggunakan kaedah yang terdapat dalam ilmu pengakap.

Ujian berenang juga dibuat untuk para peserta. Peserta diuji untuk berenang sejauh 30 meter ke tengah kolah ikam yang agak dalam, dan kembali semula dengan berenang juga. Sebelum kembali, Pengakap dikehendaki mengapung dan mengangkat sebelah tangan untuk membuktikan yang Pengakap sedang berapung.

Para peserta juga diuji untuk membuat rambu, membuat ikatan sambat balik, sambat mata, serban dan menganyam ketupat. Ikatan dan simpulan yang lain juga tidak dilupakan.
Dalam ujian ini, halangan komando juga dibuat.

Ujian bertulis juga diberikan kepada para peserta untuk menguji sedikit sebanyak pengetahuan yang ada pada para Pengakap mengenai ilmu pengakap. Selain itu, temuduga juga dibuat untuk menguji pengakap secara lisan.

Semasa malam Pengakap, Para peserta diminta membuat persembahan secara SOLO dihadapan rakan-rakan yang lain, para AJK dan para pemimpin.

Pengakap bernama Raffinah Jafry membawa persembahan yang menggabungkan nyanyian dan lakonan dengan bantuan Erma Gagah. Manakala Lionad Lius dan Erma Gagah pula membuat persembahan lakonan secara solo tanpa bantuan. Mohd. Azizie Alex, Hanna Emily dan Raynoldo Richard pula ketiga-tiganya membuat persembahan nyanyian solo dengan lagu yang berlainan.

Apabila keputusan diumumkan, keenam-enam peserta berjaya dan terpilih untuk dihantar mewakili daerah masing-masing ke Pentarafan Pengakap Raja Cawangan Sabah 2009.

KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH KENINGAU 2009

Wakil pasukan kawad kaki SMK Keningau II bagi tahun 2009 adalah terdiri daripada ahli-ahli Pengakap SMKK II, dan tambahan 3 orang ahli Bulan Sabit Merah SMKK II.

Latihan telah dijalankan lebih kurang 3 minggu sebelum pertandingan bermula. Pasukan kawad terdiri daripada 36 orang anggota.

30 orang ahli baris utama
3 orang pemegang bendera
2 orang pemegang sepandukdan
1 orang ketua kontinjen

Ketua kontinjen yang merangkap komanden kepada seluruh pasukan ialah Raynoldo Richard.

Walau bagaimanapun Pasukan hanya berjaya menduduki tempat kelima daripada 11 buah sekolah yang bertanding.

Pasukan secara majoritinya cukup berpuas hati dengan pencapaian, namun bagi kebanyakkan para senior adalah kurang berpuas hati kerana rekod mendapat tempat ketiga yang pernah dibuat pada tahun 2006 tidak dapat diulangi.

Perlantikan AJK Pengakap SMK Keningau II 2009

Bagi membolehkan aktiviti sepanjang tahun berjalan dengan lancar, Persatuan Pengakap SMKK II telah membuat perlantikan AJK tertinggi Pengakap SMKK II bagi tahun 2009, pada bulan Januari 2009.

Pemilihan dilakukan dengan melihat undian daripada para ahli Pengakap SMKK II. Berikut merupakan carta yang dapat dibentuk setelah pemilihan dijalankan.

PERSATUAN PENGAKAP SMK KENINGAU II 2009
PENGERUSI
HARRY JOHARI
TIMB. PENGERUSI
MARCELLA PETER
MASTURA STEPHEN
SETIAUSAHA
LIONAD LIUS
TIMB. SETIAUSAHA
HANNA EMILY QUINTIN
BENDAHARI
DAYANG NASYRA NASSER
TIMB. BENDAHARI
MOHD. HAIKAL HAZMI BIN ZULKIFLI
AJK TINGKATAN
TINGKATAN 6
MOKHTAR MASAG
TINGKATAN 5
AZRUL SIKUN
NURUL FARHANA BTE MOHRIN
TINGKATAN 4
GERALDLIUS ALEX
AINI ATUK
TINGKATAN 3
FAZWAN MININ
NADIRAH AOWONCE
TINGKATAN 2
IVAN CHAN CHUN HOW
LILIANA LIUS
TINGKATAN 1
-
-

Perkhemahan Lencana JAYADIRI, KEGIATAN & PERKHIDMATAN

Untuk melengkapkan lagi Lencana bagi para Pengakap remaja SMKK II 2008, Pasukan Kelana B Keningau telah menganjurkan satu Perkhemahan untuk mendapatkan 3 daripada 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja.

Perkhemahan ini bermula pada tarikh 13 - 19 November 2008 (7 hari ). Pada tarikh 13-15 November 2008 Para Pengakap SMKK II telah membantu Pasukan Kelana B Keningau menjayakan Perkhemahan Pengakap kanak-kanak di SK Biah. Perkhidmatan yang diberikan di sepanjang perkhemahan ini adalah untuk mendapatkan Lencana Perkhidmatan. Bagaimanapun ini cuma sebahagian kecil daripada semua Perkhidmatan yang pernah diberikan di tempat lain.

Pada 16 November 2008, tiada aktiviti yang dijalankan. Para pengakap mengambil masa ini untuk berehat. Bagaimanapun Para Pengakap tetap tidur di SK Biah kerana Perkhemahan untuk Lencana Jayadiri dan Kegiatan akan dimulakan pada tarikh 17 November 2008, dimana Pengakap SMKK II akan menjadi peserta dan bukannya ko-khidmat.

17 November 2008
Setelah Pengakap daripada SMK Bingkor tiba, kira-kira pukul 7 pagi di SK Biah, maka taklimat untuk Perkhemahan Pun dimulakan. Di dalam perkhemahan ini, pasukan Kelana C Keningau telah dijemput untuk menjayakan lagi aktiviti yang diadakan.

Untuk Lencana Jayadiri, Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berbincang bersama serta menyiapkan Buku Log untuk Lencana Jayadiri. Sebagai ujian bagi mendapatkan Lencana Jayadiri Pengakap Remaja, setiap kumpulan diberikan tugas berkaitan dengan Lencana Jayadiri dan perlu membuat Pembentangan. Setelah pembentangan, peserta perlu pula menjawab soalan-soalan yang diajukan untuk menguji Pemahaman.

Secara amnya, semuanya berjalan lancar untuk lencana Jayadiri.

Bagi Lencana Kegiatan pula, Pengakap perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam satu daripada beberapa kegiatan yang ada.

Antara kegiatan yang boleh dipilih ialah,

Pementasan
Bertukang kayu/logam
Tarian kebudayaan
Kraftangan/ Kerja tangan
Seni mempertahankan diri
Muzik
Urusetia
Pertanian
Komputer

Antara 9 kegiatan yang boleh dipilih, majoritinya semua kumpulan memilih Pementasan.

Walaupun perkhemahan ini hanya dapat dihadiri oleh 2 buah sekolah iaitu SMKK II dan SMK Bingkor, namun Pementasan yang diberikan sanagat memberangsangkan.



Friday, July 17, 2009

MENGEMBARA 40 KM ( KENINGAU - TENOM ) 2008

Pada tahun 2008 satu Ekspidisi dari SMKK II ke pekan Tenom telah diadakan. Ekspidisi ini disertai oleh Pengakap dari SMKK II dan Pasukan Kelana B sahaja.

Tujuan Ekspidisi ini dibuat adalah untuk Para Pengakap Remaja SMKK II mendapatkan Satu lagi Lencana Pengakap Remaja daripada 5 yang ada. Lencana yang dinaksudkan ialah Lencana EKSPIDISI.

Untuk memdapat lencana ini, Ekspidisi secara berjalan kaki sejauh 40 km haruslah ditempuhi oleh para Pengakap Remaja. Bukan sedakar berjalan sahaja, tetapi Pengakap haruslah mnjalankan beberapa tugas, antaranya mencatat kemudahan awam di sepanjang jalan, melukis peta perjalanan, mencatat ekonomi yang terdapat di sepanjang jalan, dan sebagainya.

Para peserta daripada SMKK II ialah,

Lionad Lius
Raynoldo Richard
Mohd. Afiq Aizat
Fazrin Minin
Azrie Alphonso
Azrul Sikun
Edwin Bin Mario
Marcella Peter
Hanna Emily Quintin
Najaa Nur Afia
Nurul Farhana Bte Mohrin

Perhentian pertama Ekspidisi ini ialah Balai Polis Keningau. Para Pengakap telah memaklumkan Perjalanan Ekspidisi kepada Pihaka Polis daerah Keningau, meminta cop sebagai bukti dan nombor telefon balai polis Keningau.

Perhentian yang kedua pula ialah, Di Senagang iaitu sempadan daerah Keningau dan Tenom. Disini semua Pengakap berkumpul dan berehat sebentar, sambil melengkapkan laporan tugasan masing-masing.

Para Pengakap kemudiannya meneruskan perjalanan terus menuju ke Pusat Kebudayaan Murut Sabah di Tenom dan menjadikan tempat tersebut sebagai tembat bermalam. Pengakap ternyata mendapat sambutan baik daripada pihak yang bertugas dia PKMS. Disini para Pengakap memasak makanan menggunakan alatan yang dibawa dan bermalam.

Perjalanan diteruskan pada keesokkannya. Setelah bersarapan ringkas dan selesai mnjalankan Istiadat pagi di Pusat Kebudayaan Murut Sabah ( PKMS ), tanpa membuang masa perjalanan diteruskan sampailah ke destinasi akhir iaitu balai Polis Tenom. Selesai membuat la[oran dan mendapatkan cop, semua Pengakap melapor kepada Pemimpin, untuk mengesahkan Ekspidisi telahpun tamat, dan kemudiannya bersama-sama pergi ke sebuah restoran untuk makan bersama. Para Pengakap telah mengambil gambar akhir sebelum kembali ke SMKK II dengan menaiki bas.

Kem Lencana Kemahiran 2008

Tarikh : 3-5 mac 2008
Tempat : Tanah Pengakap Keningau

Anjuran Pengakap Keningau.
Unit Pengakap Raja Keningau.
Pasukan Kelana A Keningau.
Satu Perkhemahan untuk mendapatkan Lencana Kemahiran Pengakap Remaja, iaitu salah satu daripada lima lencana tertinggi Pengakap remaja telah diadakan pada tarikh seperti yang tertera.

Untuk melengkapkan misi Persekutuan Pengakap Keningau iaitu mempunyai sekurang-kurangnya 50 orang Pengakap Raja, maka Perkhemahan ini pun diadakan.

SMK Keningau II telah menghantar beberapa orang Pengakap untuk menyertai Perkhemahan ini. Peserta dari SMKK II adalah :

1. Marcella Peter
2. Hanna Emily Quintin
3. Nurul Farhana Bte Mohrin
4. Najaa Nur Afia
5. Dayang
6. Sylviana Radin
7. Azrul Sikun
8. Mohd. Afiq Aizat
9. Fazrin Minin
10. Razzidin Robert
11. Lionad Lius
12. Edwin Bin Mario

Antara aktiviti yang dibuat untuk mendapatkan Lencan ini ialah,

Membuat Biovuac
Memasak masakan rimba
Abseiling
Ikatan
Penerangan menuju Pengakap Raja
Model projek perintis
Tidur berseorangan di Biovuac masing-masing
Kawad tongkat
Penganggaran
Projek Perintis ( 3 meter tinggi )

Secara amnya semua peserta SMKK II telah lulus ujian-ujian yang dibuat sepanjang Perkhemahan dan Telah mendapat Lencana Pada Hari terakhir selepas sahaja acara Perasmian Penutupan Kem.

INTRODUCTION



Scout 09
adalah blog yang dilahirkan oleh para Pengakap Remaja SMK II 2008/2009. Nombor 09 pada Scout 09 merupakan nombor kumpulan bagi Pengakap SMKK II. Scout 09 adalah blog yang akan memaparkan aktiviti terkini, aktiviti lampau sebagi kenangan, aktiviti akan datang, gambar-gambar kenangan dan sebagainya mengenai Pengakap di,

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KENINGAU II, PETI SURAT 1994, 89008 KENINGAU SABAH, MALAYSIA.

Tujuan blog dibuat adalah supaya para Pengakap di SMK Keningau II dapat melihat kembali aktiviti-aktiviti yang dijalankan di SMKK II dan yang disertai oleh Pengakap SMKK II sepanjang tahun. Ia juga dibuat agar para Pengakap di SMK Keningau II dapat memberikan pandangan, komen, dan cadangan mereka mengenai Pengakap SMKK II seterusnya membawa kemajuan serta peningkatan kepada Pengakap SMKK II, dan menjadi pasukan Pengakap yang cemerlang.
Pertanyaan mengenai Pengakap melalui blog ini juga adalah dialu-alukan. Sebagai contoh pertanyaan mengenai buku log Pengakap dan sebagainya.

Diharapkan agar para Pengakap SMK Keningau II akan memberi sokongan kepada blog ini.


LAMBANG PENGAKAP DUNIA DAN MALAYSIA


LIMA LENCANA TERTINGGI PENGAKAP REMAJA



PENGAKAP RAJA

MAJU MELALUI BERPENGAKAP.