Sunday, July 19, 2009

Perkhemahan Lencana JAYADIRI, KEGIATAN & PERKHIDMATAN

Untuk melengkapkan lagi Lencana bagi para Pengakap remaja SMKK II 2008, Pasukan Kelana B Keningau telah menganjurkan satu Perkhemahan untuk mendapatkan 3 daripada 5 lencana tertinggi Pengakap Remaja.

Perkhemahan ini bermula pada tarikh 13 - 19 November 2008 (7 hari ). Pada tarikh 13-15 November 2008 Para Pengakap SMKK II telah membantu Pasukan Kelana B Keningau menjayakan Perkhemahan Pengakap kanak-kanak di SK Biah. Perkhidmatan yang diberikan di sepanjang perkhemahan ini adalah untuk mendapatkan Lencana Perkhidmatan. Bagaimanapun ini cuma sebahagian kecil daripada semua Perkhidmatan yang pernah diberikan di tempat lain.

Pada 16 November 2008, tiada aktiviti yang dijalankan. Para pengakap mengambil masa ini untuk berehat. Bagaimanapun Para Pengakap tetap tidur di SK Biah kerana Perkhemahan untuk Lencana Jayadiri dan Kegiatan akan dimulakan pada tarikh 17 November 2008, dimana Pengakap SMKK II akan menjadi peserta dan bukannya ko-khidmat.

17 November 2008
Setelah Pengakap daripada SMK Bingkor tiba, kira-kira pukul 7 pagi di SK Biah, maka taklimat untuk Perkhemahan Pun dimulakan. Di dalam perkhemahan ini, pasukan Kelana C Keningau telah dijemput untuk menjayakan lagi aktiviti yang diadakan.

Untuk Lencana Jayadiri, Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan berbincang bersama serta menyiapkan Buku Log untuk Lencana Jayadiri. Sebagai ujian bagi mendapatkan Lencana Jayadiri Pengakap Remaja, setiap kumpulan diberikan tugas berkaitan dengan Lencana Jayadiri dan perlu membuat Pembentangan. Setelah pembentangan, peserta perlu pula menjawab soalan-soalan yang diajukan untuk menguji Pemahaman.

Secara amnya, semuanya berjalan lancar untuk lencana Jayadiri.

Bagi Lencana Kegiatan pula, Pengakap perlulah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam satu daripada beberapa kegiatan yang ada.

Antara kegiatan yang boleh dipilih ialah,

Pementasan
Bertukang kayu/logam
Tarian kebudayaan
Kraftangan/ Kerja tangan
Seni mempertahankan diri
Muzik
Urusetia
Pertanian
Komputer

Antara 9 kegiatan yang boleh dipilih, majoritinya semua kumpulan memilih Pementasan.

Walaupun perkhemahan ini hanya dapat dihadiri oleh 2 buah sekolah iaitu SMKK II dan SMK Bingkor, namun Pementasan yang diberikan sanagat memberangsangkan.



1 comment:

  1. hye..

    im izati. just wanna share the experiance wif u.. i went to perkhemahan jayadiri last week..it was sooo great.! damn great..hehe.. btw, congratulation ..!

    ReplyDelete