Thursday, August 13, 2009

Perkhemahan Lencana USAHA kelolaan Pasukan Kelana C


Tarikh : 27-29 Mac 2009
Tempat : Taman Rekreasi Banjar, Keningau


Seperti tarikh di atas, satu perkhemahan untuk mendapatkan lencana Usaha Pengakap Muda telah diadakan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Keningau, Sabah. Perkhemahan ini telah dikelolakan oleh Pasukan Pengakap Kelana C daerah Keningau.


Sepanjang perkhemahan ini, seramai 67 orang Pengakap Muda dari SMK Keningau II telah menyertai. Ujian dan kursus-kursus yang diberikan sepanjang perkhemahan ini adalah mengikut Skim Latihan Pengakap Muda yang terkini. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana ahlinya berlainan sekolah.


Semua Pengakap SMK Keningau II yang menyertai perkhemahan ini sungguh bersemangat dan gembira kerana banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru telah diperoleh melalui Perkhemahan ini dan begitu juga dengan semua peserta daripada sekolah lain.

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN


Gambar semua peserta...

kumpulan terbaik bersama Pesuruhjaya Daerah Keningau, edisi dan JKKK kg Banjar



GAMBAR AKTIVITI HALANGAN KOMANDO






Aik?? takkan pocho2 kot?? .... hehe joking

Haa... kan dah kena denda...



Hati-hati ko geng... kang jatuh.. hahah

entah apa yang dibincangkan tue... yell??


posing tue

UJIAN DAN KURSUS



PENGELOLA- KELANA C KENINGAU

pasukan pengelola... apa yang ditunjuk?


KHEMAH

salah satu daripada khemah peserta

MALAM KEBUDAYAAN



MENGEMBARA 6 KILOMETER


memang bertenaga... boleh posing lagi tu

ASAS PERBARISAN DAN KAWAD TONGKAT
kawad tongkat... banyak tongkat tak cukup panjang.... hehehe julang... tongkat!!!... hehehe

Tahniah buat semua peserta Perkhemahan Lencana Usaha Pengakap Daerah Keningau, Kelolaan Pasukan Pengakap Kelana C Daerah keningau, kerana semua telah berjaya menghabiskan semua yang dituntut dalam skim Lencana Usaha, dan Tahniah juga buat Pasukan Kelana C yang Mengelola kerana sanggup berkorban untuk Pengakap.



1 comment: