Saturday, August 15, 2009

Ujian Lencana Keahlian Pengakap Kanak-kanak

UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH KENINGAU

Seorang pengakap haruslah menghadapi ujian Lencana keahlian untuk mengesahkan keahlian di dalam pergerakan Pengakap. Oleh itu Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Keningau telah mengadakan satu Ujian Lencana Keahlian untuk pengakap kanak-kanak yang baru menyertai pengakap pada tahun 2009. Seramai lebih daripada 700 orang pengakap kanak-kanak telah menyertai Ujian ini.

Pasukan pengakap kelana A, B, C dan D daerah keningau telah dijemput untuk turut menjayakan Ujian ini. Smk Keningau II juga telah diminta agar menghantar 40 orang Pasukan Pengakap Muda dan Remaja yang berkelayakan untuk turut menjayakan Ujian ini.
Lima daripada enam orang Pentaraf Pengakap Raja Keningau 2009 juga telah dijemput untuk turut serta menjayakan dan memberi motivasi kepada pengakap kanak-kanak untuk terus bersemangat berpengakap.


Lebih 700 orang Pengakap Kanak-kanak yang menyertai.

bersemangat!!!! kecil2 cili padi.... Para pengakap ini adalah harapan Pengakap Keningau di masa akan datang..

salah seorang daripada 40 orang Peserta terbaik untuk Ujian
Pasukan pengakap SK Biah Keningau.
Tuan Haji Benjamin Mohamad bersama Pesuruhjaya daerah Keningau, En James selaku wakil Perasmi, Guru Besar SRJK Yuk Kong Keningau dan Pengelola aktiviti., Gambar semua !!!


No comments:

Post a Comment