Friday, August 14, 2009

Penerangan Ringkas dan Praktikal bagi Lencana Kepandaian

Pada 12.4.2009 ( Sabtu ) satu aktiviti telah dijalankan di SMK Keningau II yang mana aktiviti ini merupakan aktiviti untuk melengkapkan lagi para pengakap muda. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mendapatkan lencana-lencana kepandaian Pengakap Muda seperti mana yang terdapat di dalam Skim latihan Pengakap Muda. Bagaimanapun, untuk peringkat ini para pengakap hanya diberi penerangan tentang bagaimana cara untuk mereka mendapatkan Lencana kepandaian yang telah mereka pilih.

Antara lencana yang telah menjadi pilihan ramai pada hari tersebut ialah lencana Pengail. Hampir 70% daripada pengakap yang hadir pada hari tersebut memilih untuk mendapatkan lencana Pengail.

Selain Penerangan, praktikal cara membaling pancing juga diadakan semasa aktiviti ini.
Pemimpin yang hadir pada hari tersebut ialah En. Quintin yang mewakili Pasukan Kelana B keningau dan beberapa orang Pasukan Pengakap Kelana C Keningau, serta beberapa orang Pengakap Remaja SMK Keningau II.
Apa yang membanggakan di sini adalah, aktiviti ini dirancang dan diurus sendiri oleh Pengakap Muda SMKK II. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kerana mereka menunjukkan yang mereka mampu bergerak sendiri untuk memajukan diri mereka dalam berpengakap.
Aktiviti bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Para pengakap telah diminta agar membuat catatan semasa aktiviti ini dan memngambil bahagian dalam mana-mana praktikal yang dibuat.


GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEMASA AKTIVITI



Penerangan mengenai Lencana Pengail Oleh Pemimpin

Praktikal cara membaling pancing Pengakap yamg memilih lencana Pengail
muka-muka Pengail...


LENCANA-LENCANA LAIN :)


Akhir sekali, Pengurus utama untuk mengadakan aktiviti ini Mohd. Haikal telah menyampaikan hadiah sebagai Cenderahati kepada Skip Quintin Onolon.

No comments:

Post a Comment